(April Fool) Ninetology Hadir Dengan Telefon Pintar Lutsinar – Ninetology U9i1

(April Fool) Ninetology Hadir Dengan Telefon Pintar Lutsinar – Ninetology U9i1

Diterbitkan pada Apr 1, 2014 oleh .

Bercakap mengenai pelbagai konsep dan idea gila-gila bersempena dengan 1 April ini, syarikat tempatan, Ninetology turut tidak ingin ketinggalan dan berkongsi mengenai telefon pintar lutsinar mereka, dinamakan Ninetology U9i1.

Ninetology U9i1

Mengikut apa yang diperlihatkan, ia menggunakan Android 9.9 “Cendol Gula Melaka”, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan penta-core. Menariknya, dari segi sensor, ia turut dilengkapi dengan sensor bau badan, dan juga sensor makhluk asing.

Pihak Ninetology menyediakan sebuah halaman khas pra-daftar minat untuk peranti ini untuk mereka yang berminat untuk melihat spesifikasi penuh dan mendaftarkan diri mereka melaluinya.


TIPS & ULASAN