Cari @ Amanz

HTC Butterfly merupakan salah satu telefon pintar daripada HTC yang telah mula dijual di Malaysia pada awal tahun 2013 yang lepas. Menariknya, walaupun kebiasaan kita jarang dapat lihat peranti Android yang disokong lama, kini pihak HTC dilihat mengatakan telefon tersebut akan menerima kemaskini KitKat.

Tarikh berkenaan bilakah ia akan diperkenalkan tidak diketahui lagi. Pada masa yang sama, ia turut dikatakan Android 4.4 ini akan ditawarkan dengan hanya Sense 5.5 sahaja dan bukannya Sense 6.0 yang terbaru. Namun, memandangkan pihak HTC telah mula memuatkan aplikasi mereka di Google Play Store, mungkin ia bukan suatu masalah besar.

Selain HTC Butterfly, versi terbarunya, HTC Butterfly S turut dijangka akan menerima kemaskini yang serupa, tetapi dengan penyertaan Sense 6.0.

Sebelum ini, pada bulan Januari yang lepas, HTC telah memperkenalkan kemaskini Android 4.3 dengan Snese 5.5 untuk pengguna HTC Butterfly.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd