Cari @ Amanz

Samsung hari ini secara rasminya memperkenalkan siri tablet terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Tab 4. Bersama-sama dengan pengenalan siri tablet baru ini, mereka mengumumkan tiga variasi saiz tablet, iaitu bersaiz 10.1-inci, 8-inci dan juga 7-inci.

Samsung Galaxy Tab 4

Ketiga-tiga variasi ini dilihat membawakan spesifikasi yang lebih kurang sama, dan cuma berbeza sedikit dari segi kapasiti bateri dan juga saiz skrin.

Ketiga-tiganya menggunakan cip pemprosesan 1.2GHz empat-teras, memori 1.5GB RAM, kamera belakang 3-megapixel dan kamera hadapan 1.3-megapixel. Kesemuanya turut menyertakan saiz resolusi 1280×800 pixel pada skrinnya.

Galaxy Tab 4 8.0

Galaxy Tab 4 8.0

Seperti biasa, tablet ini turut dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz, dan dijana menggunakan Android 4.4 KitKat.

Samsung Galaxy Tab 4 akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih bermula suku kedua 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd