Cari @ Amanz

Dengan fokus pihak BlackBerry terhadap perkhidmatan permesejan BBM mereka, satu demi satu fungsi baru diperkenalkan. Hari ini, dua perkara baru diperkenalkan pada BBM, iaitu sokongan BBM Stickers dan juga BBM Shop.

BBM Stickers

BBM Stickers merupakan gambar ikon bersaiz besar, dan memudahkan pengguna menghantar sesuatu pesanan dan efek dalam gaya tersendiri – berbanding emoji yang bersaiz kecil. Pelbagai variasi disediakan mengikut watak dan rekabentuk, dan pengguna turut boleh memuat-turunnya melalui BBM Shop. Pihak BlackBerry mengatakan pelbagai variasi BBM Stickers akan ditambah dari semasa ke semasa.

Disamping pengenalan BBM Stickers, pihak BlackBerry turut menyertakan sokongan perkongsian gambar ke ruangan sembang Group, dan juga sokongan menghantar fail bersaiz sehingga 16MB melalui BBM.

Kemaskini dengan sokongan BBM Stickers dan beberapa fungsi baru ini akan hadir ke BlackBerry 10, Android dan iOS bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd