(Ura-Ura) Variasi HTC One M8 Mini Dijangka Hadir Sekitar Bulan Mei
HTC

(Ura-Ura) Variasi HTC One M8 Mini Dijangka Hadir Sekitar Bulan Mei

Diterbitkan pada Apr 2, 2014 oleh .

HTC telah memperkenalkan HTC One M8 pada minggu lepas, dan dijangka akan dipasarkan di Asia bermula bulan ini. Menariknya, kini desas-desus baru hadir mengatakan HTC mungkin hadir dengan variasi mini peranti berkenaan sekitar bulan Mei kelak.

Ia dikatakan HTC One M8 Mini akan menyertakan saiz skrin antara 4.3-inci ke 4.5-inci, dilengkapi dengan beberapa spesifikasi pertengahan, selain hanya satu kamera pada bahagian belakang tanpa depth sensor.

Namun, dari segi perisian, ia dijangka akan menggunakan Android 4.4 KitKat dan juga Sense 6.0.

Memandangkan sebelum ini juga pihak HTC pernah hadir dengan variasi One Mini, maka tidak mustahil untuk mereka melakukannya pada tahun ini.

Tetapi mungkinkah kita akan melihat ia seawal bulan hadapan?


TIPS & ULASAN