Cari @ Amanz

Sony Mobile Malaysia hari ini telah memulakan penjualan telefon pintar berbentuk phablet terbaru daripada mereka, dinamakan sebagai Xperia T2 Ultra untuk pasaran tempatan. Di Malaysia, ia membawakan tanda harga RM1299.

Xperia T2 Ultra

Xperia T2 Ultra

Berbeza dengan Z Ultra sebelum ini, Sony Xperia T2 Ultra dilihat sebagai variasi phablet berspesifikasi sederhana daripada pihak Sony, dan dilengkapi dengan kerangka berasaskan plastik. Pihak Sony turut dilihat mendengar maklumbalas pengguna, dan menyertakan sokongan flash pada bahagian kamera belakangnya.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip pemprosesan 1.4GHz Snapdragon 400, memori 1GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 1.1-megapixel dan bateri berkapasiti 3000mAh. Untuk skrin, ia menggunakan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 720x1280pixel.

Pihak Sony turut menyertakan beberapa kandungan tambahan untuk pembeli peranti ini, termasuk langganan muzik Akazoo selama 6 bulan dan juga muat-turun 3 filem percuma melalui Privilege Movies (bermula 1 Mei).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd