Battery Box – Powerbank Untuk Komputer Riba Apple Anda

Battery Box – Powerbank Untuk Komputer Riba Apple Anda

Diterbitkan pada Apr 2, 2014 oleh .

Mempunyai sebuah powerbank kini adalah sesuatu yang boleh dikatakan biasa bagi kebanyakan pengguna peranti pintar. Kekurangan pada teknologi bateri kompak serta sistem selular yang caca marba di Malaysia mengakibatkan jangka hayat peranti pintar kita menjadi agak pendek. Sekiranya anda mampu bertahan lebih dari 10 jam pada penggunaan berat tahniah kami ucapkan. Terdapat puluhan jenis powerbank di luar sana untuk peranti pintar tetapi setahu kami masih tiada untuk komputer riba.

Battery Box ialah powerbank khas untuk komputer riba Apple. Kami kerap menghadapi masalah kekurangan bateri ketika bekerja di luar pejabat (kerana tidak mengecasnya di rumah) dan kemudian sukar mencari palam elektrik untuk mengecas bateri (kerana pelajar kolej lepak di McD berjam2 untuk melayan YouTube). Battery Box mempunyai kapasiti bateri sebesar 12 000 mAh. Menurut pengeluar Battery Box ini mampu memberikan MacBook Air anda kemampuan berfungsi selama 12 jam manakala untuk MacBook Pro sekitar 6 jam. Saiznya yang agak kecil membuatkan kami merasa ini adalah sesuatu yang mungkin kami perlu miliki bagi memastikan kemaslahatan bateri kerap kehabisan ketika saat kritikal dapat diselesaikan.

Battery Box akan mula dijual musim luruh ini dan dijual pada harga sekitar RM500.

view-side

batterybox-pics3

Sumber Battery Box


TIPS & ULASAN