Cari @ Amanz

Baru-baru ini, perkhidmatan Viber telah membawakan fungsi Viber Out kepada para pengguna tempatan, dan hari ini ia dilihat pembangunnya mempunyai sedikit kemaskini untuk aplikasi Windows Phone, yang mana menyertakan sokongan Viber Out bersama-sama dengannya.

Viber Out - Windows Phone 8

Untuk pengguna yang tidak mengetahui akan fungsi Viber Out, ia membolehkan pengguna untuk membuat panggilan ke sebarang nombor talian tetap atau talian mudah-alih terus daripada Viber, dan dikenakan sedikit caj bergantung kepada panggilan dan negara yang dituju.

Fungsi lain yang turut disertakan untuk pengguna Windows Phone 8 adalah sokongan untuk menghantar mesej video, disamping membolehkan pengguna menghantar lebih dari satu gambar dengan lebih mudah, dan juga sokongan untuk penggunaan hands-free Bluetooth.

Viber sebelum ini telah diambil-alih oleh Rakuten, dan dengan pengenalan fungsi ini ia membawakan sokongan Viber Out ke semua platform utama – selepas Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd