Gambaran Untuk Kabel USB 3.1 Type-C Hadir – Menunjukkan Rekaan Penyambung Boleh Diterbalikkan

Gambaran Untuk Kabel USB 3.1 Type-C Hadir – Menunjukkan Rekaan Penyambung Boleh Diterbalikkan

Diterbitkan pada Apr 2, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, ia sedia diumumkan yang mana sebuah piawaian baru sedang dibangunkan dalam membawakan rekaan USB Type-C dengan penyambung yang boleh diterbalikkan. Hari ini, beberapa gambar hadir memperlihatkan gambaran awal untuk kabel dan penyambung berkeanaan.

USB Type-C

USB Type-C

Daripada gambaran awal yang hadir ini, USB Type-C dilihat menyertakan penyambung yang bersaiz lebih kecil, dan membolehkan pengguna menyambungkan kabel tanpa risau akan mengenai orientasi kabel berkenaan.

Sehingga hari ini, salah satu masalah yang sering dihadapi ketika menyambungkan kabel ke port USB adalah berkaitan dengan orientasi kabel dan penyambung berkenaan. Dengan pengenalan penyambung baru ini kelak, ia akan mengatasi masalah berkenaan.

Apa pun, memandangkan ia membawakan rekaan baru, maka ia akan hanya diimplementasikan pada peranti baru sahaja, dan tidak akan menyokong peranti sedia ada.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN