Motorola Moto X Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Ini

Motorola Moto X Dijangka Hadir Ke Malaysia Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Apr 2, 2014 oleh .

Motorola sebelum ini telah melancarkan Moto G untuk pasaran tempatan, dan kini ia dilihat yang mana pengeluar peranti tersebut dalam perancangan untuk membawa masuk Motorola Moto X ke pasaran tempatan.

Tarikh rasmi berkenaan dengan pengenalannya untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui, dan dikatakan sekitar penghujung April ini. Dari segi harga pula, ia dijangka berharga sekitar RM1399 di Malaysia.

Moto X

Moto X

Seperti Moto G, Motorola Moto X turut menerima maklumbalas positif dari pengguna antarabangsa sehingga kini. Ia membawakan skrin bersaiz 4.7-inci menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, kamera belakang 10-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Ia dijana menggunakan Android 4.4 KitKat, dan membawakan perubahan yang amat minimal pada antaramukanya.

Jadi, sekiranya harga jualannya sekitar RM1399, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN