Microsoft Mengumumkan Sokongan Aplikasi Universal Untuk Windows, WP dan Xbox One

Microsoft Mengumumkan Sokongan Aplikasi Universal Untuk Windows, WP dan Xbox One

Diterbitkan pada Apr 3, 2014 oleh .

Selain pengumuman berkenaan dengan Windows Phone 8.1 yang akan hadir tidak lama lagi, pihak Microsoft turut dilihat berkongsi mengenai sokongan aplikasi universal yang akan hadir ke platform Windows pada acara BUILD 2014 hari ini.

Aplikasi Universal Windows

Melalui aplikasi universal ini, ia boleh dijalankan pada komputer, tablet, Xbox One dan juga telefon pintar yang menjalankan platform Windows dengan mudah. Perkara ini sekaligus akan memudahkan para pembangun dalam menawarkan aplikasi mereka kepada semua pengguna, disamping menawarkan pengguna dengan pengalaman penggunaan aplikasi yang selari.

Microsoft dilihat mengatakan akan menawarkan sokongan ini melalui kemaskini platform mereka yang akan hadir pada tahun ini.

Pada masa yang sama, Microsoft juga turut berkongsi mengenai sokongan pembelian aplikasi dan pembelian dalam-aplikasi yang akan diselarikan. Sebagai contoh, sekiranya pengguna membuat pembelian dalam aplikasi di telefon, mereka juga akan dapat mengaksesnya pada komputer mereka dengan mudah.

Dengan pengenalan ini kepada para pembangun, mungkin kita akan melihat perkembangan positif untuk aplikasi berbentuk universal ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN