Cari @ Amanz

Pada BUILD 2014, selain daripada platform Windows Phone, sistem operasi komputer Windows 8.1 turut mendapat perhatian. Dengan beberapa fungsi yang sedia dikongsikan sebelum ini, kini Microsoft mengumumkan yang mana ia akan ditawarkan sebagai muat-turun percuma untuk pengguna pada minggu hadapan – 8 April.

Windows 8.1 Update

Windows 8.1 Update 1 dilihat menyertakan sokongan yang lebih serasi untuk pengguna desktop – terutamanya yang menggunakan papan kekunci dan tetikus tanpa sokongan skrin sentuh.

Beberapa perkara baru yang disertakan adalah termasuk kebolehan untuk pin aplikasi Windows Store terus di taskbar desktop, mematikan aplikasi Metro dengan menekan butang “X”, selain mematikan komputer dengan pantas.

Pihak Microsoft turut mengatakan mereka menyertakan pelbagai pengoptimasian prestasi, memberikan penggunaan yang lebih lancar melalui kemaskini ini.

Windows 8.1 Update 1 akan ditawarkan secara muat-turun automatik kepada para pengguna Windows 8.1 bermula 8 April 2014 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd