Microsoft Akan Menyertakan Kembali Menu “Start” Pada Windows

Microsoft Akan Menyertakan Kembali Menu “Start” Pada Windows

Diterbitkan pada Apr 3, 2014 oleh .

Sejak pengenalan Windows 8, salah satu perkara yang amat dirindui pengguna Windows adalah menu Start pada bahagian desktop. Walaupun pada kemaskini Windows 8.1 mereka menyertakan sokongan butang “Start”, tetapi ia tidak menyertakan menu penuhnya.

Windows 8.1 Start Menu

Namun, ia dilihat akan berubah tidak lama lagi. Microsoft pada BUILD 2014 dilihat berkongsi mengatakan mereka akan menyertakan kembali menu Start ke sistem operasi komputer mereka tidak lama lagi.

Menariknya, ia akan turut menyertakan elemen rekabentuk ModernUI pada menu Start – membolehkan pengguna menyertakan Live Tiles bersama-sama dengannya.

Ia tidak diketahui lagi bilakah kemaskini ini akan hadir kepada pengguna Windows 8.1. Apa pun, mungkin kita akan melihatnya sebelum kemaskini Windows 9 kelak.


TIPS & ULASAN