Cari @ Amanz

Selain perkongsian mengenai menu Start yang akan kembali ke Windows, pihak Microsoft turut berkongsi mengenai perancangan membawa Office yang mesra skrin sentuh ke platform Windows.

Office Touch

Sehingga kini, pada Windows RT, pengguna terpaksa membuka bahagian desktop, semata-mata untuk mengakses perisian pejabat Microsoft Office ini. Ia boleh dikatakan tidak dioptimasikan untuk paparan skrin sentuh, dan pihak Microsoft dilihat akan lebih menjadikannya mesra pengguna melalui Office Touch ini.

Ia dilihat akan menyertakan sekurang-kurangnya sokongan mesra skrin sentuh pada Word, Excel dan juga PowerPoint, dimana pihak Microsoft masih mengekalkan rekaan Ribbon popular mereka.

Microsoft mengatakan mereka masih dalam peringkat pembangunannya, dan mungkin akan membuat beberapa perubahan pada antaramuka berbanding apa yang dipertontonkan.

Tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah aplikasi ini akan hadir untuk penggina Windows.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd