Cari @ Amanz

Twitter EmojiPenggunaan emoji boleh dikatakan agak tinggi dikalangan pengguna permesejan sosial dan beberapa aplikasi lain. Ia juga turut membuatkan ramai pengguna berkongsi Tweet berbentuk emoji pada perkhidmatan sosial tersebut dalam memberikan gambaran perasaan mereka dengan mudah.

Jikalau sebelum ini, pada web Twitter ia hanya dipaparkan dalam bentuk kotak-kotak kosong tanpa imej, kini ia berubah. Melalui kemaskini pada hari ini, Twitter telah mula memaparkan emoji pada Twitter web, sekaligus menggantikan Tweet yang sering memaparkan kotak-kotak pelik apabila pengguna menggunakan emoji.

Untuk anda, adakah kemaskini ini digemari anda? Adakah ia akan mengalakkan lebih ramai menggunakan emoji pada perkhidmatan Twitter?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd