Cari @ Amanz

Amazon telah dikatakan beberapa kali akan menyertai arena penstriman media, dan hari ini secara rasminya mereka memperkenalkan sebuah peranti baru yang dinamakan sebagai Amazon Fire TV.

Amazon Fire TV

Amazon Fire TV merupakan salah satu penstrim media berasaskan Android dan diintegrasikan secara menyeluruh bersama ekosistem Amazon. Menggunakannya, pengguna boleh membuat carian filem, melakukan pembelian dan menonton menggunakannya dengan menyambungkan ia kepada televisyen. Amazon seperti biasa menyertakan sokongan Amazon Prime dan Hulu pada Fire TV, dan ia dilihat ditujukan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.

Untuk alat kawalan pula, pihak Amazon menlengkapkan FireTV dengan sebuah alat kawalan jauh yang turut boleh mengenal-pasti input suara.

Amazon Fire Game Controller

Selain daripada hanya menonton cerita, pihak Amazon juga turut memperkenalkan sebuah Amazon Fire Game Controller untuk peranti ini, sekaligus membolehkan pengguna memainkan permainan seperti Minecraft dan sebagainya menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd