Kini Anda Boleh Melawat Angkor Wat Melalui Google Maps Street View

Kini Anda Boleh Melawat Angkor Wat Melalui Google Maps Street View

Diterbitkan pada Apr 3, 2014 oleh .

Google sedia menawarkan tempat-tempat menarik melalui Google Maps Street View dan menariknya kini, sokongan pengimejan ini diperluaskan ke salah satu tempat bersejarah di Asia Tenggara – Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja.

Angkor Wat

Angkor Wat merupakan rumah ibadat pertama bagi agama Hindu – diikuti agama Buddha selepasnya dan ia juga turut dikenali sebagai monumen ibadat paling terbesar di dunia.

Pihak Google turut memaklumkan terdapat lebih 90,000 gambar panorama boleh didapati di sekitar Kemboja bagi membolehkan pengguna melihat tempat-tempat menarik di negara itu. Beberapa tempat lain seperti Bayon Temple dan Ramayana Gallery berdekatan Angkor Wat juga turut boleh dilawati melalui sistem pengimejan daripada Google ini.

Bagi anda yang ingin melawatnya, anda boleh terus ke halaman Google Maps Street View dan melihat Angkor Wat dengan lebih dekat lagi.


TIPS & ULASAN