Cari @ Amanz

Pada awal pagi tadi, pihak Microsoft telah berkongsi mengenai beberapa fungsi baru yang akan disertakan pada Windows Phone 8.1, dan salah satunya adalah sokongan pembantu peribadi mereka, yang dinamakan sebagai Cortana.

Windows Phone 8.1

Cortana boleh dikatakan sebagai jawapan pihak Microsoft untuk Google Now dan juga Siri, dan ditawarkan khusus untuk pengguna Windows Phone.

Menurut Microsoft melalui pengumuman rasmi di blog mereka, Cortana akan ditawarkan dalam bentuk beta kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Fungsi tersebut akan dilancarkan sepenuhnya di Amerika Syarikat, UK dan juga China pada pertengahan kedua 2014 ini, dan diperluaskan ke negara lain pada tahun 2015.

Perkara ini berkemungkinan adalah memandangkan ia menggunakan data daripada Bing, dan beberapa perkhidmatan lain yang mungkin lebih dioptimasikan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan beberapa negara terpilih sahaja buat masa ini.

Apa pun, ia dikatakan yang mana pengguna tempatan masih boleh menggunakannya dengan mengubah lokasi pada peranti mereka. Namun, adakah data yang diperlihatkan akan dioptimasikan atau sebaliknya masih menjadi tanda tanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd