Skype Untuk Windows Phone 8.1 Akan Memudahkan Lagi Pengguna Membuat Panggilan Video

Skype Untuk Windows Phone 8.1 Akan Memudahkan Lagi Pengguna Membuat Panggilan Video

Diterbitkan pada Apr 3, 2014 oleh .

Microsoft melalui Skype sedia mengintegrasikan fungsinya secara menyeluruh pada peranti Windows Phone, dan melalui kemaskini Windows Phone 8.1, ia akan terus ditamah baik dan diintegrasikan pada pelbagai fungsi baru.

Skype Cortana

Salah satu fungsi yang didatangkan adalah kemudahan untuk mengubah panggilan telefoni biasa kepada panggilan video Skype dengan mudah. Ini merupakan fungsi yang diperkenalkan pertama kali oleh Skype pada peranti mudah-alih, sekaligus memberikan pengalaman panggilan yang lebih dekat dengan pemanggil menggunakannya.

Pada masa yang sama, Skype juga akan diintegrasikan dengan Cortana, dimana pengguna boleh memulakan panggilan Skype dengan arahan suara.

Fungsi lain seperti panggilan audio, permesejan dan juga panggilan video biasa akan terus ditambah baik melalui kemaskini baru ini kelak.

Kemaskini ini dijangka akan hadir kepada pengguna Windows Phone 8.1 dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN