Facebook Messenger 4.0 Untuk Android Menambah Sokongan Panggilan Suara Percuma

Facebook Messenger 4.0 Untuk Android Menambah Sokongan Panggilan Suara Percuma

Diterbitkan pada Apr 3, 2014 oleh .

Facebook hari ini telah mengemaskini aplikasi Facebook Messenger untuk Android mereka, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan beberapa fungsi baru. Salah satu yang menarik perhatian kami adalah sokongan panggilan suara melalui aplikasi berkenaan.

Facebook Call

Sokongan panggilan suara ini ditawarkan secara percuma melalui WiFi, dan pengguna turut boleh menggunakannya dengan pelan data mereka. Daripada percubaan kami, kualiti audio agak baik, namun sesekali ia mengalami lengah masa audio diterima ketika dalam panggilan.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka aplikasi Facebook Messenger, dan kemudian membuka panel sembang rakan anda. Sebuah butang panggilan berwarna biru akan dipaparkan bersebelahan dengan nama rakan anda, dimana dengan kliknya ia akan membuat panggilan secara automatik.

Facebook Messenger 4.0

Selain daripada sokongan panggilan suara, pihak Facebook turut menambah beberapa fungsi baru, termasuk ruangan untuk sembang berkumpulan (Groups), dan menambah Shortcut ke halaman skrin utama peranti anda.

Muat-Turun Facebook Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN