Nokia Akan Menawarkan HERE Drive+ Secara Percuma Untuk Semua Pengguna Windows Phone 8.1

Nokia Akan Menawarkan HERE Drive+ Secara Percuma Untuk Semua Pengguna Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada Apr 3, 2014 oleh .

Nokia sedia menawarkan beberapa fungsi daripada HERE untuk pengguna Windows Phone 8, dan melalui kemaskini Windows Phone 8.1 yang akan datang, ia dilihat Nokia akan menawarkan lebih banyak fungsi secara percuma kepada pengguna platform tersebut.

Nokia HERE Maps

Berkongsi mengenainya, pihak Nokia mengatakan akan menawarkan HERE Drive+ secara percuma untuk semua pengguna Windows Phone 8.1, sekaligus tidak lagi memerlukan pengguna mendapatkannya pada harga $48 seperti sebelum ini. Fungsi ini hanya ditawarkan secara percuma kepada pengguna Lumia sahaja sebelum ini, dan dengan pengumuman ini ia akan membolehkan pengguna peranti Samsung, HTC, Huawei dan sebagainya yang menjalankan Windows Phone 8.1 untuk mendapatkannya.

HERE Drive+ menawarkan sokongan navigasi bersuara di lebih 97 buah negara seluruh dunia, dan turut hadir dengan sokongan offline.

Bersama-sama dengan pengumuman sama juga, pihak Nokia berkongsi mengatakan mereka telah mengemaskini gambaran peta untuk perkhidmatan HERE Maps mereka.


TIPS & ULASAN