Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Windows, mungkin anda sedia mengenali akan perisian CCleaner, yang membolehkan anda membuang fail-fail yang tidak dikehendaki pada komputer anda. Kini, CCleaner untuk Android juga dilihat akan dilancarkan tidak lama lagi.

CCleaner Android

Perkara mengenai pembangunan CCleaner untuk Android telah dikongsikan pada tahun lepas, dan baru-baru ini dilihat mereka telah memulakan ujian beta terbuka untuk para pengguna Android.

Melalui aplikasi CCleaner untuk Android, ia dilihat akan memudahkan anda membuang fail-fail yang tidak digunakan termasuk cache yang disimpan pada peranti ini. Dengan membuangnya, ia sekaligus menjadikan peranti anda lebih pantas dan lancar berbanding kebiasaan.

Untuk menggunakannya, pengguna Android terlebih dahulu perlu mendaftarkan diri untuk kumpulan penguji beta CCleaner. Ini adalah kerana akan memudahkan pihak CCleaner mengumpulkan maklumbalas daripada pengguna sebelum ia dilancarkan secara rasminya.

CCleaner Android Beta

Bagaimana Menyertai Kumpulan Penguji Beta CCleaner

Untuk menyertai kumpulan penguji beta aplikasi CCleaner untuk Android, anda terlebih dahulu perlu mendaftarkan akaun Google+, dan menyertai kumpulan CCleaner.

Sebaik sahaja menyertainya, pengguna kemudian boleh ke halaman ujian beta Google Play, dan mengaktifkan akaun anda di sana.

CCleaner Android Beta

Klik pada “Jadi Penguji”, dan akaun Google Play anda akan diaktifkan dengan akses muat-turun CCleaner untuk Android.

Akhir sekali, anda boleh memuat-turunnya dan menggunakannya pada peranti anda, disamping berkongsi maklumbalas anda berkenaan aplikasi tersebut kepada para pembangunnya.

  • Amaran
  • Memandangkan ia masih pada versi beta, maka mungkin tidak stabil sepenuhnya. Gunakan pada risiko anda.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd