Cari @ Amanz

Perkhidmatan Vine sedia menawarkan sokongan untuk berkongsi video selama 6 saat, yang mana membuatkan ramai pengguna hadir dengan pelbagai video yang kreatif menggunakan perkhidmatan tersebut. Hari ini, perkhidmatan yang dimiliki oleh Twitter tersebut turut memperkenalkan beberapa perkara baru melalui kemaskini untuk aplikasi iOS dan Android mereka.

Vine Messages

Salah satu perkara yang mendapat fokus utama adalah sokongan permesejan yang hadir untuk pengguna perkhidmatan tersebut. Dinamakan sebagai Vine Messages, ia membolehkan pengguna untuk menghantar mesej dan video klip kepada seseorang pengguna Vine yang lain dengan mudah.

Secara kasarnya, ia berfungsi sama seperti Instagram Direct. Pengguna hanya perlu membuka Vine, dan pada bahagian Messages, anda boleh memilih untuk merakamkan video dan menghantarnya. Pengguna juga boleh menghantar kepada lebih daripada satu pengguna, tetapi ia akan memaparkan thread yang berbeza untuk setiap pengguna.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh mendapatkan aplikasi Vine terbaru untuk Android dan iOS, dan mula menghantar Vine Messages melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd