MagicOn Ayane : Sebuah Lagi Telefon Pintar Dengan Projektor

MagicOn Ayane : Sebuah Lagi Telefon Pintar Dengan Projektor

Diterbitkan pada Apr 7, 2014 oleh .

Antara pasaran paling niche di dalam dunia peranti pintar ialah peranti dengan projektor terbina. Kali terakhir sebuah peranti pintar muncul dengan kemampuan ini Samsung Galaxy Beam pada tahun 2012. Peranti ini boleh dikategorikan sebagai ujian yang gagal kerana tidak banyak mampu dijual kerana projektor terbina memakan bateri yang banyak. Tetapi ini tidak menghalang MagicOn sebuah syarikat yang berpengkalan di Hong Kong untuk menghasilkan telefon pintar dengan projektor mereka sendiri yang diberi nama Ayane. Ianya sebuah peranti Android dengan projektor 42 lumens terbina.  Ayane diperkasakan dengan pemproses 1 GHz dua teras , I GB RAM, skrin sebesar 4″,  bateri 2000 mAh dan kamera utama sebesar 5 Megapixel.  Menurut MagicOn, Ayane mampu memancarkan imej sebesar 42″ dengan resolusi 480 x 640 pixel. Masih adakah pasaran untuk peranti dengan projektor?

ayane-pico

ayane-pico-12Sumber MagicOn Ayane

 

 


TIPS & ULASAN