ReactOS Mengumpulkan Dana Di Indiegogo – Sistem Operasi Yang Serasi Aplikasi Windows

ReactOS Mengumpulkan Dana Di Indiegogo – Sistem Operasi Yang Serasi Aplikasi Windows

Diterbitkan pada Apr 4, 2014 oleh .

ReactOSReactOS sedia mendapat perhatian beberapa pengguna Linux memandangkan ia membawakan penggunaan yang menyerupai sistem operasi Windows. Apa pun, ia merupakan salah satu sistem operasi berasaskan sumber terbuka, dan kini ia dilihat mereka sedang mengumpulkan dana menggunakan Indiegogo.

Melalui kempen di Indiegogo, mereka ingin hadir dengan ReactOS Community Edition, yang mana akan membolehkan mereka yang menyumbang untuk membuat pengundian terhadap perisian dan aplikasi apakah yang akan disokong pada sistem operasi tersebut.

Daripada apa yang diketahui, ReactOS menggunakan sebuah kernel yang diubah-suai, sekaligus membolehkan ia menyokong perisian Windows dan Linux. Namun, bukan semua perisian dan aplikasi yang disokong menggunakannya buat masa ini.

Pihak pembangunnya turut mengatakan mereka akan membawakan antaramuka yang serba baru pada ReactOS Communiti Edition, dan akan berasaskan kepada ReactOS 0.4 yang akan datang.

ReactOS menyasarkan untuk mengumpulkan sekitar $50,000 menggunakan Indiegogo dan menetapkannya sebagai danaan fleksibel, membolehkan dana diterima walaupun tidak mencapai sasaran.

Layari : ReactOS Community Edition


TIPS & ULASAN