Google Night Walk Memberikan Pengalaman Berjalan Ketika Malam Dilengkapi Audio

Google Night Walk Memberikan Pengalaman Berjalan Ketika Malam Dilengkapi Audio

Diterbitkan pada Apr 5, 2014 oleh .

Google sedia menawarkan fungsi Street View kepada para pengguna mereka, dalam memberikan gambaran 360-darjah untuk beberapa lokasi utama seluruh dunia. Pada masa yang sama, pihak Google kini dilihat berkongsi sebuah projek baru mereka yang dinamakan sebagai Google Night Walk.

Google Night Walk

Google Night Walk

Seperti pada namanya, Google Night Walk ini memberikan pengalaman berjalan ketika waktu malam – yang mana mengabungkan sokongan Street View dan juga bunyi-bunyi persekitaran, sekaligus memberikan pengalaman berjalan dan melihat persekitaran yang lebih realistik.

Untuk projek ini, Google mengambil gambaran sekitar kejiranan Marseille di Perancis, dan turut dilengkapi dengan kisah perjalanannya tersendiri.

Bagi anda yang berminat, boleh mengalami pengalaman anda sendiri di Google Night Walk hari ini, dan ikuti kisah dalam mencari beberapa menarik menggunakannya.

Layari : Google Night Walk


TIPS & ULASAN