Cari @ Amanz

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan pelbagai variasi untuk keluarga Galaxy S mereka, dan perkara sama juga dijangka akan dilakukan untuk keluarga Galaxy S5 tahun ini. Salah satunya adalah pengenalan peranti memfokuskan sokongan kamera dinamakan Galaxy S5 Zoom.

Samsung Galaxy S5 Zoom

Galaxy S5 Zoom ini kelak dikatakan akan menyertakan skrin bersaiz 4.8-inci Super AMOLED HD, cip pemprosesan enam-teras Exynos 5 Hexa, memori 2GB RAM, dan dilengkapi kamera hadapan 2.1-megapixel.

Untuk kamera belakang, ia dikatakan akan dilengkapi sensor 20.2-megapixel dengan sokongan OIS, Xenonx Flash, dan keupayaan zoom optikal sehingga 10x.

Sebelum ini, ramai yang mengatakan Samsung mungkin tidak akan hadir dengan variasi Zoom, memandangkan Galaxy S5 sedia menyertakan keupayaan kamera yang baik. Apa pun, mungkin Samsung ingin menyediakan peranti khusus bagi mereka yang inginkan peranti seumpama Galaxy Camera dengan keupayaan telefoni.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung akan melancarkannya secara rasmi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd