Aplikasi Plex Bakal Hadir Ke Konsol Xbox One

Aplikasi Plex Bakal Hadir Ke Konsol Xbox One

Diterbitkan pada Apr 7, 2014 oleh .

Xbox OnePlex merupakan salah satu aplikasi pengurus media yang popular dikalangan ramai pengguna. Ia membolehkan pengguna mengakses dan melihat pelbagai fail digital mereka sama ada dari komputer ataupun sebarang skrin dengan mudah, dan kini ia dilihat akan hadir ke Xbox One.

Buat masa ini, pengumuman berkaitan dengan ini masih pada peringkat awal, dan pembangunnya baru sahaja mendapat kebenaran daripada Microsoft dalam membawa aplikasi tersebut ke platform Xbox One. Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum ia hadir sepenuhnya untuk Xbox One.

Microsoft dijangka akan memasarkan Xbox One kepada lebih banyak negara pada tahun ini, termasuk Singapura yang dijangka akan menerimanya sekitar September kelak. Tarikh pelancaran Xbox One di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini, namun pengumuman pihak Plex ini semestinya mengembirakan ramai pengguna, apatah lagi akan memudahkan pengurusan media digital di ruang tamu mereka selepas ini.


TIPS & ULASAN