Kebanyakkan pengeluar sering hadir dengan kemaskini telefon pintar utama mereka setiap tahun, dan kini, pihak Motorola yang telah memperkenalkan Moto X pada bulan Ogos lepas dilihat dalam perancangan untuk hadir dengan Moto X + 1.
Moto X akan hadir ke Malaysia pada penghujung bulan ini.
Perkara ini dikongsikan oleh @evleaks yang sedia berkongsi pelbagai info sebelum sesuatu peranti diperkenalkan. Selain daripada nama, tiada sebarang info yang dikongsikan pihak @evleaks buat masa ini.
Secara kasarnya, mungkin kita boleh nantikan kemaskini dari segi spesifikasi dan juga sensor kamera, ataupun mungkin juga pihak Motorola memperkenalkan sedikit perubahan dan penambahan dari segi kerangka – seperti mana pada Moto G Forte.
Apa pun, segalanya masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Mungkinkah telefon pintar ini akan menjadi peneman pengenalan Moto 360 menggunakan Android Wear yang dijangkakan dalam beberapa bulan lagi.