Span : Jam Pintar Yang Menggabungkan Teknologi Analog Dan Digital

Span : Jam Pintar Yang Menggabungkan Teknologi Analog Dan Digital

Diterbitkan pada Apr 7, 2014 oleh .

Rata – rata jam pintar yang ada di pasaran dan akan menemui pasaran adalah jam digital sepenuhnya. Masalah yang kami sedari dengan penggunaan jam pintar digital 100% ialah jangka hayat bateri yang menyedihkan. Seperti yang kami ulas pada peranti Galaxy Gear, bateri jam pintar dengan skrin sesentuh hanya boleh bertahan kurang dari 48 jam. Selama ratusan tahun kita sudah dibiasakan dengan idea jam tangan berbateri sepatutnya beroperasi selama berbulan sebelum bateri perlu ditukar. Perubahan kepada jam yang perlu dicas sepanjang masa adalah terlalu drastik dan membuatkan penggunaan jam pintar masih lagi rendah walaupun teknologi boleh-pakai dianggap pasaran yang bakal berkembang pesat tahun ini.

span2SPAN ialah konsep jam pintar yang menggabungkan teknologi analog dan digital di dalam sebuah jam pintar. Ianya tidak menggunakan skrin sesentuh secara menyeluruh pada muka jam. Sebaliknya sebuah skrin kecil merentangi permukaan hadapan jam yang memaparkan waktu menggunakan mekanisma jam analog konvensional. Span direka oleh Recor and Murray, sebuah studio rekaan yang berpengkalan di San Francisco. Menurut pereka Span, gabungan analog dan digital bukan sahaja mengurangkan penggunaan bateri tetapi mengekalkan astetik jam tangan sebenar. Jam analog masih lagi lebih menarik (dan terjual lebih banyak) dari jam tangan digital dan Recor and Murray berharap Span ialah penyelesaian kepada masalah mereka jam tangan pintar yang sempurna.

Kami penggemar jam tangan analog seperti Breitling dan Seiko Kinetic. Harus kami akui rekaan jam tangan pintar yang terlalu digital membuatkan kami rasa kurang tertarik untuk memilikinya. Sekiranya ada jam pintar yang menggabungkan teknologi terbaik analog dengan kepintaran sistem Google Wear kami rasakan memang kami akan membelinya hari ini.

Apakah yang anda mahukan dari sebuah jam tangan pintar? Adakah jam tangan pintar sesuatu yang anda mahukan di masa hadapan ataupun seperti teknologi TV 3 Dimensi ianya inovasi yang hanya syok sendiri?

span6

span4 span5

Sumber SPAN

 

 


TIPS & ULASAN