Cari @ Amanz

Salah satu perkara baru yang akan hadir pada Windows Phone 8.1 kelak adalah sokongan papan kekunci seumpama Swype, dinamakan sebagai Word Flow. Namun, agak mendukacitakan kerana ia tidak akan menyokong bahasa Malaysia ketika pengenalannya.

Word Flow

WordFlow berfungsi untuk memudahkan pengguna membuat penaipan dan input dengan menggunakan sebelah tangan, dimana mereka hanya perlu meluncurkan jari dari satu huruf ke huruf yang lain dalam mengeja sesuatu perkataan.

WordFlow dilihat akan menyokong input berbahasa Inggeris terlebih dahulu, dan mungkin akan menambah bahasa Indonesia, Malaysia dan Mandarin pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd