Cari @ Amanz

Nokia hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini perisian untuk para pengguna peranti Nokia Asha, sekaligus menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya. Kemaskini ini akan ditawarkan untuk pengguna Asha 500, Asha 501, Asha 502, Asha 503 dan juga Asha 230.

Antara sokongan baru yang disertakan adalah termasuk sokongan muzik percuma melalui Nokia MixRadio, sokongan Microsoft OneDrive yang memberikan ruangan storan sehingga 7GB secara percuma, dan juga kemaskini pada bahagian kamera.

Disamping itu, pihak Nokia turut menambah kemaskini sosial pada bahagian Fastlane, dan juga turut menambah fungsi “Parental Control” untuk mengawal aplikasi dan pelayaran web yang diakses mereka yang bawah umur.

Kemaskini Nokia Asha ini akan diperkenalkan secara berperingkat secara OTA. Bagi pengguna yang menggunakan peranti Asha yang disenaraikan, anda boleh ke halaman Settings > Phone Update untuk melihat kemaskini pada peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd