Jam Tangan Pintar 3G Daripada Samsung Mungkin Dikenali Sebagai “Gear Solo”

Jam Tangan Pintar 3G Daripada Samsung Mungkin Dikenali Sebagai “Gear Solo”

Diterbitkan pada Apr 8, 2014 oleh .

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar desas-desus mengatakan Samsung akan hadir dengan sebuah jam tangan pintar 3G tersendiri, yang membolehkan pengguna memasukkan kad-SIM didalamnya – berbeza dengan beberapa peranti Gear yang terdapat di pasaran hari ini.

Kini, mengikut laporan terbaru, jam tangan pintar baru tersebut kelak dikatakan akan dikenali dengan nama Gear Solo.

Spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Menggunakan sokongan kad-SIM terbina, ia akan membolehkan jam tangan pintar tersebut berfungsi tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar, termasuk membuat panggilan dan sebagainya. Namun, salah satu perkara yang akan menjadi tanda tanya adalah sokongan ketahanan bateri apabila menggunakan rangkaian 3G ini.

Bagi anda, adakah ianya penting untuk menyertakan sokongan 3G pada jam tangan pintar?


TIPS & ULASAN