Cari @ Amanz

ChromeOS TabletSistem operasi memfokuskan perkomputeran awan daripada Google, iaitu Chrome OS sedia digunakan pada komputer riba, desktop dan juga turut hadir dengan ChromeBox. Namun, sehingga kini tiada pengeluar yang memperkenalkannya dalam bentuk tablet lagi – berkemungkinan kerana terdapat platform Android.

Apa pun, mengikut desas-desus awal, ia dikatakan Acer berkemungkinan akan memperkenalkan tablet berasaskan ChromeOS seawal penghujung April ini.

Kesahihan penuh berkaitan dengannya tidak diketahui sepenuhnya. Acer sedia menjadualkan sebuah acara khas pada 29 April ini untuk memperlihatkan beberapa produk baru mereka, dan berkemungkinan ia turut akan diumumkan pada acara sama.

Acer sedia menyokong platform Chrome OS sejak ia diperkenalkan, termasuk menawarkan pelbagai peranti berasaskan sistem operasi berkenaan di pasaran global.

Semestinya ramai yang akan mempersoalkan bagaimanakah relevan-nya Chrome OS pada tablet berbanding dengan Android dan beberapa platform lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat sama ada pihak Acer akan benar-benar hadir dengan tablet Chrome OS ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd