Cari @ Amanz

Dengan penggunaan telefon pintar hari ini, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah masa penggunaan bateri yang singkat dan mengambil masa yang agak lama untuk dicas semula. Untuk mengatasinya, Store Dot dilihat memfokuskan untuk hadir dengan sebuah teknologi khusus untuknya.

Menurut Store Dot, melalui teknologi bio-organik mereka, ia boleh mengecas peranti mudah-alih dalam masa kurang 30-saat. Untuk menjayakannya, Store Dot menggunakan sebuah bateri khusus, dan menjayakannya menggunakan teknologi nano.

Apa pun, buat masa ini, teknologi ini masih pada peringkat pembangunan dan mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum dikomersialkan. Selain StoreDot, beberapa projek lain dengan konsep seumpamanya juga turut sedang dibangunkan dan belum dikomersialkan lagi.

Bercakap mengenai teknologi bateri, ramai pengeluar telefon dilihat memfokuskannya. Baru-baru ini, pihak Oppo turut telah memperkenalkan sokongan pengecasan pantas yang membolehkan peranti dicas semula sehingga 75% dalam masa kurang 30 minit.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perkembangan positif daripada pengeluar telefon memfokuskan bateri dalam masa setahun dua ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd