Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah memperkenalkan kemaskini peranti untuk keluarga Galaxy Ace, dengan mengumumkan sebuah telefon pintar baru yang menggunakan skrin bersaiz 4-inci dan juga Android 4.4 KitKat, dinamakan sebagai Galaxy Ace Style.

Samsung Galaxy Ace Style

Samsung Galaxy Ace Style

Secara kasarnya, ia dilihat menyasarkan kepada para pengguna telefon pintar baru dan juga untuk para pengguna muda yang inginkan akses asas untuk perkhidmatan sosial melalui peranti mudah-alih.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Ace Style ini menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, bateri berkapasiti 1500mAh, kamera belakang 5-megapixel, dan juga kamera hadapan VGA.

Samsung tidak mengumumkan harga untuk peranti ini, selain hanya mengatakan ia akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih bermula bulan April ini.

Samsung Galaxy Ace Style

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd