Adobe Memperkenalkan Aplikasi Lightroom Mobile Untuk iPad

Adobe Memperkenalkan Aplikasi Lightroom Mobile Untuk iPad

Diterbitkan pada Apr 8, 2014 oleh .

Memerlukan langganan Creative Cloud untuk berfungsi.Adobe hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi baru untuk para pengguna iPad, iaitu Adobe Lightroom Mobile, sekaligus memudahkan pengurusan dan penyuntingan imej dilakukan terus menggunakan iPad.

Untuk makluman, perisian Adobe Lightroom sedia digunakan dengan meluas oleh mereka yang terlibat dalam arena fotografi, dan semestinya pengenalan ini akan memudahkan mereka membuat penyuntingan terus pada iPad, dan berkongsi di laman sosial dan sebagainya.

Adobe Lightroom Mobile

Menggunakan Lightroom Mobile, pengguna boleh membuat penyuntingan fail berbentuk RAW, menyunting gambar Camera Roll di iPad, dan juga menambah baik gambar menggunakan beberapa preset Lightroom yang terbina.

Selain itu, pengguna turut boleh sync gambar dengan mudah terus ke perisian Lightroom 5 yang terpasang di desktop dengan mudah.

Aplikasi Lightroom Mobile ini ditawarkan secara percuma, namun memerlukan pengguna mempunyai langganan ke akaun Creative Cloud untuk menggunakannya.

Muat-Turun Lightroom Mobile untuk iPad


TIPS & ULASAN