Twitter Mula Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Profil Baru Kepada Semua

Twitter Mula Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Profil Baru Kepada Semua

Diterbitkan pada Apr 8, 2014 oleh .

Twitter telah sedia menguji rekabentuk halaman profil baru sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini ia dilihat mereka telah mula memperkenalkan rekabentuk baru ini dengan lebih meluas lagi.

Twitter Profil Baru

Pengenalan antaramuka baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dimana melaluinya ia kini memperlihatkan gambar header bersaiz besar termasuk paparan gambar profil yang besar. Disamping itu, paparan tweet juga diketengahkan, selain memudahkan lagi pengguna melihat gambar dan sebagainya dengan mudah.

Pengguna turut dilihat diberikan pilihan untuk pin sesuatu Tweet pada bahagian atas profil mereka, sekaligus memberikan lebih kawalan terhadap apakah yang akan dilihat para pengguna.

Pengguna sedia ada dijangka akan menerima kemaskini ini dalam beberapa minggu akan datang, sementara pengguna baru akan melihat paparan baru ini sebaik sahaja mendaftarkan diri untuk perkhidmatan tersebut.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk baru ini?


TIPS & ULASAN