Pengguna Windows 8.1? Kemaskini “Update 1” Mula Ditawarkan Melalui Windows Update

Pengguna Windows 8.1? Kemaskini “Update 1” Mula Ditawarkan Melalui Windows Update

Diterbitkan pada Apr 9, 2014 oleh .

Seperti mana yang diumumkan pihak Microsoft pada minggu lepas, hari ini mereka telah mula memperkenalkan kemaskini Windows 8.1 Update 1 kepada para pengguna Windows 8.1, sekaligus menyertakan beberapa perkara baru bersama-sama dengannya.

Windows 8.1 Update

Windows 8.1 Update 1 dilihat memfokuskan kepada memudahkan lagi pengguna desktop dan mereka yang tidak mempunyai skrin sentuh dalam menggunakan sistem operasi daripada Microsoft. Kini, pengguna diperlihatkan dengan butang pangkah pada tetingkap aplikasi Metro, dan tidak lagi perlu melalui langkah sukar untuk memadamkan sesuatu aplikasi seperti sebelumnya.

Disamping itu, pengguna turut boleh pin-akan sesuatu aplikasi Metro terus ke taskbar desktop dengan mudah, disamping membuat beberapa kawalan asas (seperti mengawal muzik) tanpa perlu mengakses tetingkap aplikasi penuh.

Microsoft juga kini memperlihatkan butang Shutdown dan carian terus pada skrin utama, disamping turut menyertakan pelbagai pembaharuan yang lain bersama-sama kemaskini ini.

Kemaskini ini akan ditawarkan secara automatik melalui Windows Update, dan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini. Apa pun, pengguna terlebih dahulu perlu mengaktifkan sokongan kemaskini automatik pada Windows Update untuk menerimanya.

Kemaskini ini ditawarkan untuk pengguna Windows 8.1 dan juga Windows RT 8.1.


TIPS & ULASAN