Ulasan: Logitech Powershell

Ulasan: Logitech Powershell

Diterbitkan pada Apr 9, 2014 oleh .
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ykoiw7WjtSI]

Logitech bermula tahun lepas tampak aktif semula dalam memperkenalkan peranti khusus untuk mereka yang meminati permainan video dinamakan siri G. Siri G telah menampilkan tetikus dan fon kepala khusus untuk gamers dan bulan lepas peranti Logitech Powershell telah diperkenalkan di Malaysia. Peranti ini yang merupakan pad permainan dilengkapi dengan bateri tambahan untuk mengecaj iPhone 5 5S dan juga iPod Touch generasi ke 5.

Bentuk Fizikal

Peranti ini hadir dengan satu pilihan warna dan kuasa bateri tambahan yang dibawakan adalah sebesar 1500mAh. Boleh dikatakan cukup untuk mengecaj iDevices anda untuk sekali caj. Turut sama dalam pakej ini adalah kabel penyambungan fon kepala dan kabel Micro-USB. Oleh kerana ia menggunakan sambungan kabel Lightning, kabel Micro-USB perlu dicucuk pada soketnya untuk mengecaj bateri peranti ini. Sedikit kekurangan adalah pada ketiadaan strap pergelangan tangan meskipun terdapat lubang strap pada peranti ini.

IMG_5157

Dibelakang peranti ini terdapat lampu G yang memberikan petunjuk mengenai kapasiti bateri terbina dalam. Sekiranya terdapat caj kuasa, ia akan bercahaya kebiruan manakala sekiranya tiada caj kuasa, ia akan bercahaya kemerahan. Pada kedua belah hujung pemegang terdapat kemasan khas yang menjamin keselesaan dan cengkaman tangan semasa bermain. Bercakap mengenai berat dan saiz, ia tidak terlalu berat malahan ia masih ringan berbanding Otterbox Armor yang saya gunakan serta masih mengekalkan kenipisan iPhone 5.

Permainan

IMG20140408163153 copy

Pad permainan ini mengambil manfaat dari input kawalan iOS7. Menurut laman rasmi Logitech, terdapat pelbagai permainan yang sedia menyokong penggunaan Powershell. Untuk tujuan ulasan ini saya telah memainkan Asphalt 8: Airborne. Salah satu perkara yang jelas, nyata dan terang adalah skrin paparan seolah-olah lebih besar apabila tiadanya interaksi sentuhan atas paparan. Peranti ini yang mempunyai butang jeda dibawah butang permainan pada sebelah kanan ini juga akan menghentikan permainan. Navigasi pilihan dalam permainan boleh dilakukan menggunakan butang D-Pad pada sebelah kiri.

Sepanjang permainan berlangsung, tiada sela masa berlaku kerana kesemua kawalan disambungkan khusus kepada peranti. Cuma satu perkara adalah butang permainan sebelah kanan yang rapat antara satu sama lain mungkin menimbulkan masalah buat mereka yang mempunyai jari yang besar.

Peranti ini dijual pada harga RM399 dan didatangkan dengan jaminan terhad selama 3 tahun. Bagi saya, ia merupakan peranti untuk mereka yang menitikberatkan pengalaman bermain pada iDevices anda.

Pro

  • Kemasan yang kukuh dan ringan.
  • Kawalan yang responsif.
  • Terdapat bateri tambahan yang boleh dicajkan pada iDevices anda.

Kontra

  • Hanya untuk iDevices generasi baru.
  • Butang sebelah kanan yang kecil.

TIPS & ULASAN