Mungkinkah Kita Melihat Peranti Windows Phone Daripada Sony Seawal Julai Ini?

Mungkinkah Kita Melihat Peranti Windows Phone Daripada Sony Seawal Julai Ini?

Diterbitkan pada Apr 9, 2014 oleh .

Beberapa kali sebelum ini kita telah mendengar yang mana Sony bakal turut menyertai arena pengeluaran peranti Windows Phone. Kini, ia kedengaran sekali lagi, mengatakan ia mungkin hadir seawal bulan Julai kelak.

Peranti baru daripada Sony ini kelak dijangka akan hadir bersama-sama kemaskini GDR untuk Windows Phone 8.1.

Pihak Sony pernah mencuba prototaip untuk peranti Windows Phone 7 sebelum ini, tetapi ia tidak dilancarkan – berkemungkinan kerana beberapa perkara.

Sehingga kini, pihak Sony dilihat hanya memfokuskan sepenuhnya kepada platform Android sahaja untuk peranti mereka, dan mengikut spekulasi ramai sebelum ini, Sony tidak menyertai arena Windows Phone kerana penggunaan Xbox Live dan beberapa perkara lain.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah Sony akan turut menyertai arena pengeluaran peranti Windows Phone ataupun sebaliknya pada tahun ini.


TIPS & ULASAN