Cari @ Amanz

Kemaskini 1915 : Pihak HTC Malaysia melalui akaun Twitter mereka meminta maaf atas kesilapan, dan mengatakan ia hanya akan hadir sekitar awal bulan Mei kelak.

HTC Malaysia


HTC telah memperkenalkan telefon pintar HTC One M8 mereka secara rasminya pada penghujung bulan lepas, dan beberapa negara seperti Singapura telah mula menjualnya. Perkara ini membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan bilakah ia akan dijual di Malaysia.

HTC Malaysia Twitter

Menjawab persoalan tersebut melalui akaun Twitter, pihak HTC Malaysia mengatakan ia akan dilancarkan di Malaysia pada akhir bulan April ini. Tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini.

HTC One M8 membawakan penambah-baikkan dari segi spesifikasi, selain turut menyertakan HTC Sense 6 yang membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Beberapa aksesori khas turut disertakan, selain mana sensor tambahan pada bahagian belakang untuk rakaman gambar yang lebih cantik.

Di Malaysia, ia bakal ditawarkan melalui Celcom, DiGi, Maxis dan juga U Mobile. Mungkin kita boleh menjangkakan harga pasaran seperti sebelum-sebelum ini, iaitu sekitar RM2299 ataupun RM2399.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak HTC Malaysia berkaitan perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd