Cari @ Amanz

Dengan latar masa pembangunan pengenalan versi baru setiap enam minggu, hari ini pihak pembangun Google Chrome telah memperkenalkan versi stabil baru kepada para pengguna Windows, Mac dan juga Linux, iaitu Chrome 34.

Chrome Windows 8

Pelbagai perkara baru ditambah pada pelayar web versi baru ini, terutamanya memfokuskan kepada para pembangun – seperti sokongan beberapa API baru, dan juga sokongan gambar responsif untuk digunakan pada web.

Untuk pengguna umum, Google kini memudahkan pengguna mengimport data “Supervised User” dengan lebih mudah, disamping fungsi “OK Google” yang boleh digunakan oleh semua. Google turut mengatakan mereka membawakan sedikit perubahan paparan untuk mod Windows 8.

Bagi pengguna Chrome, anda akan dikemaskini kepada versi baru ini secara automatik, sementara bagi pengguna baru boleh memuat-turunnya secara percuma di laman rasmi Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd