Meizu MX3 Menjalankan Sistem Operasi Ubuntu Diperlihatkan

Meizu MX3 Menjalankan Sistem Operasi Ubuntu Diperlihatkan

Diterbitkan pada Apr 9, 2014 oleh .

Pihak Canonical sedia mengumumkan yang mana Meizu bakal hadir dengan telefon pintar berasaskan Ubuntu tidak lama lagi. Hari ini, sebuah video dikongsikan, memperlihatkan secara ringkas sokongan sistem operasi Ubuntu pada peranti berkenaan.

Melalui video yang dikongsikan ini, ia memperlihatkan sokongan skrin utama Ubuntu Phone, disamping turut menunjukkan sokongan permesejan, galeri dan penyuntingan gambar mudah menggunakan peranti berkenaan.

Pihak Canonical atau Meizu masih tidak memberikan tarikh rasmi berkenaan bilakah ia akan ditawarkan di pasaran, dan apakah negara-negara yang akan menerimanya. Selain Meizu, satu lagi pengeluar yang akan hadir dengan telefon Ubuntu pada tahun ini adalah BQ.


TIPS & ULASAN