Dropbox Memperkenalkan Aplikasi Carousel – Memudahkan Pengurusan Gambar Dan Video

Dropbox Memperkenalkan Aplikasi Carousel – Memudahkan Pengurusan Gambar Dan Video

Diterbitkan pada Apr 10, 2014 oleh .

Selain pengenalan aplikasi Mailbox untuk Android, pihak Dropbox juga turut hadir dengan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Carousel, yang mana merupakan sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna menguruskan pelbagai gambar dan video dalam kaedah interaktif.

Carousel

Carousel mengabungkan simpanan gambar di telefon pintar anda, dan juga di akaun Dropbox, dan memaparkannya dalam kaedah menarik mengikut latar masa dan sebagainya.

Menariknya mengenai aplikasi ini adalah dimana pengguna turut boleh berkongsi memori bersama-sama rakan lain, dan menambah gambar dari rakan anda ke akaun anda sendiri – untuk rujukan pada masa akan datang.

Bagi pengguna Android dan iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Carousel hari ini, dan menggunakannya dalam menguruskan gambar anda dengan lebih mudah.

Muat-Turun Carousel untuk Android

Muat-Turun Carousel untuk iOS


TIPS & ULASAN