Last Of Us Bakal Hadir Ke PlayStation 4

Last Of Us Bakal Hadir Ke PlayStation 4

Diterbitkan pada Apr 10, 2014 oleh .

Last of Us ialah permainan PlayStation 3 yang memenangi pelbagai anugerah seperti Game of The Year tahun dulu. Ia juga dinobatkan sebagai permainan terbaik yang pernah muncul untuk PS3. Sony hari ini mengumumkan Last of Us akan muncul di konsol PS4 pada musim panas ini sebagai edisi Last of Us Remastered. Penaiktarafan dari segi grafik akan diberikan dengan sokongan resolusi 1080p. Tekstur beresolusi tinggi, sistem pencahayaan baru serta jumlah poligon yang lebih tinggi juga turut akan diberikan kepada versi PS4 ini. Disamping itu studio Naughty Dog akan turut menyertakan DLC Left Behind secara percuma dan komentar audio untuk setiap video yang dipaparkan di dalam permainan.

Kepada yang tidak memiliki PS3 dan kini memiliki PS4 kami sarankan anda menanti kehadiran Last of Us Remastered ini kerana ianya mungkin permainan yang paling menyentuh emosi yang pernah kami mainkan. Jumpa ada di dunia pasca apokalips jangkitan fungus!

13741695334_e2f461ca7a


TIPS & ULASAN