Cari @ Amanz
  • Info
  • Kemaskini : CEO BlackBerry telah berkongsi mengenai perkara ini melalui blog rasmi BlackBerry, dan mengatakan mereka tidak akan meninggalkan perniagaan telefon pintar mereka, sebaliknya akan turut memfokuskan kepada beberapa sumber pendapatan lain dalam terus menambah pendapatan syarikat.

…sekiranya terus gagal membawa keuntungan untuk syarikatBlackBerry boleh dikatakan menerima persaingan sengit daripada pelbagai pengeluar peranti yang lain, membuatkan mereka kehilangan pegangan pasaran dari hari ke hari. Kini, dibawah CEO baru, syarikat BlackBerry dilihat sedang melihat kepada pelbagai perkara dalam usaha untuk menjadikan syarikat tersebut ke arah keuntungan kembali.

Mengikut laporan terbaru, ia dikatakan BlackBerry mungkin akan meninggalkan perniagaan telefon pintar mereka sekiranya ia kekal tidak membawakan keuntungan kepada syarikat. Sebaliknya mungkin mereka akan memfokuskan sepenuhnya kepada pasaran perusahaan dengan beberapa teknologi sedia ada mereka.

Melalui temuramah yang dilakukan oleh Reuters, BlackBerry dilihat ingin memfokuskan kepada sekuriti rangkaian, dan berkemungkinan mereka akan membuat pelaburan untuknya termasuk mengambil-alih serta bekerjasama dengan beberapa syarikat lain.

Selain sekuriti rangkaian, pihak BlackBerry juga turut mempunyai beberapa penawaran lain, termasuk platfrom QNX yang digunakan didalam kenderaan, selain mana turut dilihat memfokuskan kepada perkhidmatan permesejan BBM mereka akhir-akhir ini.

Apa pun, ia mungkin agak sukar untuk BlackBerry meninggalkan perniagaan popular mereka tersebut, dan ia dikatakan mereka akan kekal dalam perniagaan sekiranya berjaya mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 juta peranti setiap tahun.

Mungkinkah penawaran peranti BlackBerry pada harga rendah akan menarik minat pengguna untuk menggunakannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd