Facebook Akan Membuang “Chat” Pada Aplikasi Utama – Meminta Pengguna Memuat-Turun FB Messenger

Facebook Akan Membuang “Chat” Pada Aplikasi Utama – Meminta Pengguna Memuat-Turun FB Messenger

Diterbitkan pada Apr 10, 2014 oleh .

Aplikasi utama Facebook sedia digunakan ramai untuk tujuan sembang dengan rakan-rakan mereka yang lain, disamping pihak Facebook turut menawarkan sebuah aplikasi berasingan untuk tujuan sama, dinamakan Facebook Messenger.

Kini, dalam usaha untuk memudahkan pembangunan untuk perkhidmatan permesejan Facebook, disamping menarik lebih ramai menggunakan perkhidmatan Facebook Messenger, ia dilihat pihak Facebook telah mula membuang sokongan chat pada aplikasi utama mereka.

Menurut TechCrunch, perubahan ini akan hadir dalam beberapa minggu lagi, dan akan memerlukan pengguna memuat-turun aplikasi permesejan Facebook Messenger untuk menggunakan sokongan tersebut.

Perkara ini sekaligus akan memudahkan pengguna dalam menguruskan perhubungan mereka, termasuk membuat panggilan menggunakannya kepada rakan-rakan Facebook yang lain.

Jadi, apa kata anda berkenaan perubahan ini daripada pihak Facebook.


TIPS & ULASAN