Nikon Mengemaskini Keluarga Kamera Digital Android – Memperkenalkan Coolpix S810c

Nikon Mengemaskini Keluarga Kamera Digital Android – Memperkenalkan Coolpix S810c

Diterbitkan pada Apr 10, 2014 oleh .

Pada tahun 2012 yang lepas, pihak Nikon telah memperkenalkan kamera digital Android mereka yang pertama, iaitu Nikon Coolpix S800c. Kini, selang hampir 2 tahun, pihak Nikon telah pun memperkenalkan kemaskini untuknya dengan membawakan Nikon Coolpix S810c.

Nikon Coolpix S810c

Secara kasarnya, ia membawakan sokongan yang lebih kurang sama seperti sebelumnya, termasuk sensor 16-megapixel dengan sokongan zoom optikal sehingga 12x, sokongan ISO sehingga 3200, sokongan WiFi terbina untuk perkongsian gambar, dan dilengkapi skrin sentuh bersaiz 3.7-inci untuk melihat hasil rakaman.

Nikon Coolpix S810c ini turut dilengkapi dengan Android 4.2.2 Jelly Bean – yang mana merupakan penaik-tarafan yang drastik berbanding penggunaan versi Gingerbread sebelum ini.

Fungsi asas seperti penyuntingan gambar dan sebagainya turut hadir, selain membolehkan pengguna mengakses Google Play dan memasang pelbagai jenis aplikasi seperti Instagram, Twitter dan juga Facebook terus padanya.

Kamera ini akan ditawarkan pada harga yang sama seperti versi asal – $349.95, dan tidak diketahui lagi berkenaan bilakah ia akan hadir secara rasmi ke Malaysia.


TIPS & ULASAN