Twitter Memperkenalkan Fungsi Notifikasi Pada Web Twitter

Twitter Memperkenalkan Fungsi Notifikasi Pada Web Twitter

Diterbitkan pada Apr 11, 2014 oleh .

Dalam usaha untuk memudahkan para pengguna melihat pelbagai interaksi di Twitter, hari ini pihak Twitter memperkenalkan sebuah fungsi baru, iaitu paparan notifikasi pada web Twitter.

Twitter Web Notifikasi

Menurut Twitter, ia akan memaparkan notifikasi masa nyata, sama-ada sekiranya pengguna membalas Tweet anda, ataupun berinteraksi dalam kaedah lain, termasuk Retweet, menghantar DM ataupun mengikuti anda di Twitter.

Sebuah kotak notifikasi diperlihatkan pada bahagian bawah kanan laman Twitter sekiranya pengguna menerima sesuatu notifikasi, dan pengguna turut boleh membalas terus menggunakannya.

Sokongan ini akan diperkenalkan untuk semua pengguna web Twitter dalam beberapa minggu akan datang.


TIPS & ULASAN